Wednesday, April 4, 2012

Don't FIRED KRIM MALAM!

Attention...!!



Tip membersihkan muka dari sebarang kotoran/mekap sebelum tidur itu sudah cukup untuk melengkapkan regim penjagaan wajah seharian. Namun kenyataan itu tidak benar sama sekali kerana penggunaan KRIM MALAM adalah SANGAT PENTING terutama bagi mereka yang sudah melewati usia 30-an.

KRIM MALAM mempunyai fungsi yang jauh lebih utama dalam mengekalkan kecantikan kulit, sama pentingnya dengan krim siang yang peranan nya lebih tertumpu kepada membekalkan kelembapan berterusan serta perlindungan dari sinar UV yang menggelapkan kulit.
Semasa tidur, kita berada dalam keadaan rehat secukupnya dan bebas stress. Maka kulit berada dalam keadaan bersedia untuk menyerap segala vitamin yang terkandung dalam krim secara optimum, menembus jauh ke dalam agar mampu bertindak lebih efektif dalam menangani tanda2 penuaan, memperbaiki dan memperbaharui sel2 kulit yang rosak, mengangkat sel2 kulit mati dan meremajakan lapisan kulit dari dalam.

Hasil amalan berterusan, kita pasti merasai perbezaannya. Kita tidak mampu menghalang penuaan, tetapi kita boleh melambatkan proses itu dengan penjagaan wajah yang sewajarnya dari awal.

No comments:

Post a Comment